5000 Sambut MB di Kemaman

3e12ec46-577a-47fd-8151-69d1f1112e37

 

 Laporan dan foto : Uraidah Zetti Md Arifin (Kemaman)

KEMAMAN, 8 Mac (Malaysiaaktif) – Hampir 5000 pengunjung terdiri daripada pelbagai kaum meraikan kehadiran Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Dewan Komuniti Cina, di sini sempena Majlis Ramah Mesra Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina, semalam.

Majlis ini diserikan lagi dengan sambutan tarian singa, persembahan gendang 24 musim dan persembahan tarian tradisional dari pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chukai.

Razif bergambar kenangan bersama-sama masyarakat setempat sempena majlis Ramah Mesra Sempena Tahun baharu Cina, di sini semalam.

Razif bergambar kenangan bersama-sama masyarakat setempat sempena majlis Ramah Mesra Sempena Tahun baharu Cina, di sini semalam.

Razif berasa kagum dengan perpaduan pelbagai kaum di sini kerana dapat berkumpul bersama-sama meraikan sambutan majlis ini dengan penuh harmoni.

“Masyarakat Cina merupakan faktor penyumbang kepada ekonomi di daerah Kemaman, keunikan pakaian dan percakapan orang Cina di sebelah Pantai Timur iaitu di Terengganu membuka mata rakyat di negeri lain untuk mendampingi dan melawat negeri ini.

Menurut seorang pengunjung, Ang Lee Ting, 32, dari Pasir Minnal teruja kerana dapat bersemuka dengan menteri besar.

“Saya gembira dan bertuah dapat berjuma beliau secara dekat, selama ini cuma tengok di televisyen sahaja. Saya berharap menteri besar akan datang ke daerah Kemaman lagi pada masa akan datang,” ujarnya.

Razif turut menyampaikan sumbangan angpau kepada 430 orang warga emas dan orang miskin.

-SH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...