Skip to main content
Berita UtaraHomeKedah

Hargai Nikmat Penglihatan

By 4 Mei 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan dan Foto Oleh : Fasharina Kholil dan Rasidi Che Sa

 

SIK, 03 Mei (Malaysiaaktif) – Hampir 100 orang penduduk Kampung Jelutong memenuhi Perkarangan Perpustakaan Desa Kg Jelutong bagi memeriahkan Program Mata Sihat di sini pagi tadi.

Program anjuran bersama Panel Kesihatan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) Sik dan KOSPEN Kg Jelutong ini bertujuan agar masyarakat peka tentang penjagaan kesihatan khususnya penjagaan mata.

IMG-20180503-WA0033

Menurut Pegawai Kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah Sik, Dr Rakesh Singh Sandhu, penjagaan mata amatlah penting kerana mata merupakan salah satu deria yang paling penting kepada manusia.

Jelasnya lagi, menjaga mata dengan baik adalah salah satu cara kita mensyukuri nikmat yang diberi.

“Oleh itu, sangat penting untuk kita menjaga kesihatan mata agar terhindar daripada pelbagai jenis penyakit mata,” ujar Dr Rakesh lagi.

IMG-20180503-WA0029

Tambahnya lagi, program ini adalah bagi memberi kesedaran kepada orang ramai supaya lebih cakna terhadap kepentingan menjaga kesihatan mata. Selain daripada itu, menjaga mata dapat dilakukan dengan pelbagai cara dan yang mudah adalah dengan menjaga serta mengamalkan pemakanan sihat serta seimbang.

Sementara itu, menurut salah seorang penduduk tempatan yang ditemui, Mohd Khairul Izham Yusoff, penganjuran program ini bukan saja dapat memberi kesedaran kepada orang ramai pentingnya menjaga kesihatan mata bahkan orang ramai turut dapat melakukan pemeriksaan kesihatan mata yang disediakan.

IMG-20180503-WA0030

“Melalui program ini juga sekurang-kurangnya, orang ramai akan lebih  peka terhadap penjagaan kesihatan serta dapat mewujudkan komuniti yang sihat,” ujarnya lagi.

-MRR

Tinggalkan komen anda