Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Rai Perpisahan, Tema Potluck Eratkan Hubungan

By 8 Julai 2018Tiada komen3 minit bacaan

        Laporan oleh:Fauzrina Bulka/Foto: Saiful Rahman Sabri
KOTA KINABALU, 6 Jul (Malaysiaaktif) -Bergabung tenaga dan kepakaran menyiapkan sesuatu juadah yang enak pastinya sesuatu yang hebat jika yang melakukannya adalah gabungan seorang pereka, pustakawan mahupun pemberita.

Menurut salah seorang pereka Bahagian Komunikasi, Visual dan Senireka (BKVS), Gregory Chai peluang bergotong royong menyiapkan potluck menu laksa digunakan sepenuhnya untuk mengeratkan hubungan antara kakitangan.

“BKVS terdiri daripada pereka Jabatan Penerangan(JAPEN) dan di dalam bahagian yang sama juga ada pustakawan dan pemberita di dalam unit masing-masing.

IMG-20180706-WA0005

“Ternyata masing-masing punya kepakaran sendiri dalam bidang mereka yang mana agak mustahil untuk saling membantu di situ kerana perbezaan bakat dan cara kerja.

“Tetapi berbeza pula dalam menyediakan makanan kerana semua ada minat yang sama, dan ini lah peluang kami mengeratkan silaturrahim menyelesaikan satu kerja yang ditugaskan,”ujar Gregory.

20180706_090846-01

Menurutnya, menempah daripada katering memang mudah, tetapi jika memasak sendiri dan menyiapkannya bersama sehingga menghias bahan-bahan di dalam bekas dapat memperlihatkan kesungguhan dan kepuasan yang berbeza.20180706_091710-01

“Kenangan sebegini tidak dapat di beli dimana-mana, mengingatkan rakan untuk meletak mee laksa, daun salad, telur dan bawang dan memastikan semuanya kemas di dalam bekas adalah sangat seronok.

“Melihat rakan-rakan daripada bahagian lain menjamah hasil masakan kami juga merupakan satu kepuasan, dan kesungguhan ini juga khas untuk Mantan Pengarah, Swady Guliling dan Timbalan Pengarah, Supian Musa yang akan bertukar ke tempat baharu.

20180706_091957-01

“Dedikasi kami, penat lelah kami, gelak tawa kami menyiapkan juadah sebagai tanda terima kasih selama pentadbiran mereka dan mewakili rakan-rakan, kami ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada keduanya,”katanya.

Gregory ditemui selepas Majlis Perpisahan Mantan Pengarah JAPEN dan mantan timbalannya di Wisma Dang Bandang, semalam.

Majlis tersebut diadakan secara potluck apabila tujuh bahagian yang ada di dalam JAPEN Sabah menyediakan juadah masing-masing sebagai jamuan dalam majlis tersebut.

IMG-20180706-WA0049-01

Potluck ialah apabila tetamu yang hadir dalam sesebuah majlis datang bersama juadah masing-masing dan nikmatinya bersama-sama.

Dalam pada itu, Swady yang akan bertukar ke Terengganu memuji usaha pegawai-pegawai yang menyediakan juadah secara gotong royong dalam usaha untuk berjimat cermat dan patut diteruskan dari semasa ke semasa.

“Selain daripada berjimat dan tidak menggunakan peruntukan jabatan, ia juga dapat mengeratkan silaturahim di kalangan staf sendiri, dan yang eloknya, dapat menunjukkan bakat masing-masing dengan melakukan kerja di luar bidang rasmi,” katanya.

Supian(dua dari kiri) ditemani Yunus(tengah) dan Swady(empat dari kanan) ketika pemotongan kek.

Supian(dua dari kiri) ditemani Yunus(tengah) dan Swady(empat dari kanan) ketika pemotongan kek.

Menurut Swady, beliau sangat gembira dan teruja dapat bertugas di negeri kelahiran sendiri dan menaikkan imej JaPen Sabah di mata pemimpin, dengan berkonsepkan ‘High Profile’.

“Kita telah menjalin hubungan yang strategik dan signifikan terutamanya kepada pemimpin-pemimpin negeri dan juga persekutuan, pihak-pihak berkepentingan, badan bukan kerajaan(NGO) dan juga orang ramai.

Penyerahan cenderahati BKVS yang disampaikan oleh Gregory(dua dari kanan) kepada Swady(dua dari kiri).

Penyerahan cenderahati BKVS yang disampaikan oleh Gregory(dua dari kanan) kepada Swady(dua dari kiri).

“Saya memang sangat menghargai peluang yang diberikan sebagai pengarah dan telah mengambil beberapa inisiatif dan juga pendekatan yang bukan sahaja baharu tetapi berlainan sedikit daripada yang biasa.

“Saya juga menekankan penggunaan media sosial yang intensif dan kita berjaya menjangkaui audien dengan baik dan Alhamdulillah ia telah berjaya menyebar luas maklumat.

Bergambar kenangan bersama sebahagian kakitangan yang hadir.

Bergambar kenangan bersama sebahagian kakitangan yang hadir.

Kata Swady, arahan pertukarannya dianggap sebagai satu cabaran baharu walaupun agak berat untuk di tinggalkan kerana dia mempunyai banyak lagi perancangan yang ingin dilakukan.

“Saya anggap perpindahan saya merupakan satu perkara yang biasa, selagi kita ingin memberi perkhidmatan, kita perlu bersedia untik berkhidmat dimana-mana sahaja.

“Mungkin Terengganu memerlukan sentuhan saya dan ini merupakan satu cabaran sebelum saya menamatkan kerjaya dalam perkhidmatan awam, saya harap sumbangan saya dalam jabatan akan dilihat sendiri hasilnya nanti.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada semua anggota dalam JaPen Sabah yang telah memberikan kerjasama yang begitu baik semasa saya menjadi pengarah dan berharap momentum ini diteruskan dan berikan kerjasama sepertinya kepada pengarah baharu,”ujarnya.

Turut hadir bersama dalam majlis tersebut, Timbalan Pengarah JaPen Sabah, Yunus Saprin.

 

 

 

 

-MRR

Tinggalkan komen anda