MAIWP Labuan Belanja RM 3.2 Juta Bantu 2143 Asnaf

IMG-20180709-WA0019

 

Laporan Oleh: Mohd Faizal Mansor/ Foto Oleh: Jeffrey Nian

 

LABUAN 8 Julai (Malaysiaaktif )- Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan pada tahun ini iaitu sehingga bulan Jun 2018 telah membelanjakan sebanyak RM 3.2 juta untuk diagihkan kepada 2143 penerima skim bantuan kewangan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Haji Abdul Aziz Jusoh, bantuan ini bertujuan menampung keperluan harian bagi membantu para asnaf dalam menjalani kehidupan dengan lebih selesa.

Aziz menyampaikan duit raya kepada anak-anak asnaf.

Aziz menyampaikan duit raya kepada anak-anak asnaf.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Semarak Syawal MAIWP Labuan 2018 bersama asnaf di Dewan Arena Perbadanan Labuan Kampung Bukit Kuda, di sini semalam.

Katanya, MAIWP sebagai sebuah institutsi yang berperanan mengagihkan wang zakat kepada asnaf yang memerlukan mengikut kelayakan dan bantuan yang bersesuaian tidak pernah melupakan golongan yang tidak bernasib baik dan yang tidak berkemampuan dengan menganjurkan majlis seperti ini untuk para asnaf ini merasai kegembiraan menyambut kemeriahan Syawal.

“Pada Ramadhan yang lalu, pihaknya telah menyalurkan bantuan Aidilfitri berjumlah RM 500 kepada setiap orang asnaf yang melibatkan agihan zakat berjumlah RM 1,1510,6000 bagi meringgankan para asnaf menyambut lebaran pada tahun ini,” kata Aziz lagi.

“ Keadaan ekonomi yang baik dan terus berkembang menjadi faktor utama peningkatan kutipan zakat pada setiap tahun, ini yang mendorong pihak MAIWP dapat mempelbagaikan bantuan kepada golongan asnaf melalui skim bantuan yang telah ditawarkan seiring dengan keperluan semasa masyarakat khususnya,” tambah Aziz.

Aziz juga memuji usaha MAIWP Labuan yang sentiasa mengambil berat untuk membantu bukan sahaja sosio ekonomi umat islam di Labuan malah usaha-usaha kebajikan dan pembangunan modal insan dalam masyarakat islam di Labuan.

Tokoh Asnaf Hazmi Dahlan ketika ditemui pemberita.

Tokoh Asnaf Hazmi Dahlan ketika ditemui pemberita.

Pada majlis itu juga, Pensyarah Universiti Malaysia Sabah, Hazmi Dahlan telah di anugerahkan Tokoh Asnaf Labuan kerana berjaya memajukan diri sehingga ke menara gading hinggalah menjadi seorang pensyarah.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) MAIWP, Mohd Nizam Yahya serta Pengurus MAIWP Labuan, Ahmad Saifuddin Md Tahir.

– MRR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...