Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeJohor

Zahirkan semangat Patriotisme Melalui Idea Kreatif

By 14 Ogos 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan & Foto oleh Shamsul Bin Sulaiman & Siti Nabila Binti Bohari ( Johor Bahru )

 

PASIR GUDANG, 14 Ogos (Malaysiaaktif) – Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2018 Jabatan Penerangan Malaysia telah memasuki hari ke-10 perjalanan menjelajah keseluruh tanah air. Konvoi telah disambut meriah di “pit-stop” ke-5 di Negeri Johor bertempat di Politeknik Pasir Gudang.

Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang telah disambut oleh pelajar Politeknik Pasir Gudang dan turut dijemput pelajar SMK Kelapa Sawit, Kulai. Seramai 38 orang pelajar yang terdiri dari 30 orang pelajar dari Kelab Malaysiaku dan 8 orang pelajar Pendidikan Khas.

Majlis telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Johor Bahru, Mohammed Ridha Abd. Kadir.

Pegawai Daerah Johor Bahru bersama-sama pelajar dari SMK kelapa Sawit, Kulai

Pegawai Daerah Johor Bahru serta tetamu jemputan bergambar bersama-sama pelajar dari SMK kelapa Sawit, Kulai

Kemeriahan dan kelainan sambutan di “pit-stop” ke-5 Politeknik Pasir Gudang ini diwarnai dengan sekumpulan pelajar sekolah yang memperagakan pakaian yang bercorakkan jalur gemilang dari pelbagai kaum.

Menurut guru pengiring SMK Kelapa Sawit Kulai, Mawar Ayu Jamal, mereka telah bersepakat untuk menghasilkan pakaian ini khas untuk dipakaikan sempena sambutan konvoi kembara Merdeka Jalur Gemilang di Politeknik Pasir Gudang ini. Mereka menzahirkan semangat patriotisme ini melalui idea kreatif dengan menghasilkan baju dengan menggunakan corak jalur gemilang.

Guru pengiring SMK Kepala Sawit, Kulai turut memperagakan tudung bercorakkan jalur gemilang

Guru pengiring SMK Kepala Sawit, Kulai ( dua dari kiri ) turut memperagakan tudung bercorakkan jalur gemilang

Salah seorang pelajar yang memperagakan pakai tersebut berkata, “Saya berbangga memakai baju melayu bercorakkan Jalur Gemilang ini. Saya dengan bantuan ibu saya telah bertungkus lumus menghasilkan baju melayu ini dikhaskan untuk sambutan pada hari ini” kata Ahmad Ramadhan.

Tambah pelajar Pendidikan Khas, Tineswary A/P Baskaran berkata beliau turut gembira dan teruja kerana dapat menyertai program pada hari ini dan memakai pakaian kaum india yang telah direka khas oleh ibu beliau dengan menggunakan jalur gemilang.

Pengarah Penerangan Johor bersama pelajar yang memperagakan pakaian jalur gemilang

Pengarah Penerangan Johor bersama pelajar yang memperagakan pakaian jalur gemilang

Semangat Patriotisme hendaklah ditanam dalam diri seluruh rakyat Malaysia dan dizahirkan melalui pelbagai medium termasuk kreativiti tetapi tidak memperlekehkan bendera yang menjadi kebanggaan seluruh Rakyat Malaysia.

  • AA / MRR

Tinggalkan komen anda