Skip to main content
Berita TempatanHomeKelantan

Simulasi Latih Amal Bencana Kelantan/Narathiwat Erat Hubungan Dua Negara

By 26 September 2018Tiada komen2 minit bacaan
Laporan dan foto : Siti Fazilah Derahman (Pasir Mas)

PASIR MAS, 26 Sep (Malaysiaaktif) – Parlimen Rantau Panjang pada hari ini telah berlangsungnya acara Latih Amal Bencana Kelantan/Narathiwat bertempat di Danau Tok Uban Pasir Mas Kelantan.

Program ini melibatkan seramai lebih kurang 500 orang anggota yang terdiri daripada Pasukan-pasukan Penyelamat Negeri Kelantan antaranya PDRM, BOMBA, APM dengan kerjasama pelbagai agensi iaitu JKM, KKM, Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas dan sebanyak 12 bot penyelamat diturunkan pada program ini.

8E58DA45-75BE-4932-88F6-4051B4D27AB7

Antara objektif program ini bertujuan menguji kecekapan anggota pasukan penyelamat dan agensi bantuan dalam menghadapi kes-kes bencana terutamanya banjir yang kerap kali berlaku di negeri ini selain menguji kesiapsiagaan anggota pasukan penyelamat dan agensi bantuan ketika bencana.

Menurut DSP Md Yazid bin Ahmat dari Seksyen Keselamatan Pembangunan Sempadan Thailand Bhg Pengurusan Sempadan Darat Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri tujuan utama Rantau Panjang ini dipilih sebagai tempat latihan bencana kerana kawasannya yang berdekatan dengan sempadan Malaysia-Thailand dan ini akan memudahkan pasukan penyelamat dari Thailand untuk masuk ke negara ini.

1A74D3CE-DB42-42C6-8E76-7D1D154C5BEE

Fetty Sakiella bt Mohd Rozi,30 berkata, ‘Program Latih Amal ini dapat meningkatkan semangat anggota penyelamat yang terlibat secara langsung semasa berlaku bencana untuk terus memberi khidmat bantuan kecemasan kepada masyarakat.

Menurut Timbalan Setiausaha Kerajaan(Pembangunan)Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean bin Tengku Feissal (Tengku Kaya Perkasa) dalam ucapan penutup mengharapkan agar acara tahunan ini dikekalkan dan kerjasama serta hubungan baik antara dua Negara ini dapat diteruskan bagi sama-sama memupuk semangat anggota penyelamat kedua Negara.

135DE887-93ED-4B15-B4AC-B0DFA2612E3A

Turut serta dalam acara Latih Amal Bencana ini iaitu delegasi dari Thailand seramai 45 orang yang diketuai oleh Acting Sub Leftenan Trakul Thotham, Director of Disaster Prevention And Mitigation Regional Center 12, Songkhla.

-NAZ

Tinggalkan komen anda