Skip to main content
HomeJohor

Tour de Iskandar Johor 2019 Mampu Tempatkan Johor di Mata Dunia

By 11 Disember 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman (Johor Bahru)

ISKANDAR PUTERI, 11 Dis (Malaysiaaktif) – Sesuai dengan tema “Reaching Excellent”, temasya Tour de Iskandar Johor pada tahun hadapan mampu memberi kesan yang besar dan positif terhadap organisasi dan negeri Johor.

Menurut Menteri Besar, Datuk Osman Sapian, dalam usaha untuk mempromosikan sektor pelancongan negeri melalui ‘Pelancongan Sukan’, acara ini akan mempamerkan tarikan tempatan dan produk pelancongan di mata dunia.

Osman (tengah) yakin acara ini akan menjadi satu lagi fenomena kejohanan berprestij sukan berbasikal bertaraf antarabangsa dan mampu memberi kesan yang besar dan positif pada negeri ini.

Osman (tengah) yakin acara ini akan menjadi satu lagi fenomena kejohanan berprestij sukan berbasikal bertaraf antarabangsa dan mampu memberi kesan yang besar dan positif pada negeri ini.

“Kejohanan ini telah menerima pengiktirafan daripada Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) dan berdaftar dengan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF). Jadi setiap mata yang dikutip oleh pelumba dalam kejohanan ini akan dimasukkan dalam jumlah kedudukan mata keseluruhan dalam kalendar perlumbaan antarabangsa,” jelasnya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Tour de Iskandar Johor di sini, kelmarin.

Tambah Osman lagi, Tour de Iskandar Johor 2019 akan berlangsung pada 17 hingga 21 April 2019 yang akan melibatkan penyertaan lebih 120 pelumba dari dalam dan luar negara.

Dengan jarak keseluruhan mencapai 700 kilometer, pelumba akan mengharungi lima peringkat perlumbaan dengan laluan yang akan meneroka semua daerah dan bandar di negeri ini.

Dalam perkembangan lain, Osman turut menzahirkan keyakinan Kerajaan Negeri Johor mempunyai masa yang mencukupi untuk menyiapkan kemudahan-kemudahan yang telah dirancang untuk kegunaan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2020.

Kejohanan ini akan mencapai jarak keseluruhan sebanyak 700 kilometer dengan melalui lima peringkat dan akan membawa peserta melalui laluan di semua daerah dan bandar di negeri Johor

Kejohanan ini akan mencapai jarak keseluruhan sebanyak 700 kilometer dengan melalui lima peringkat dan akan membawa peserta melalui laluan di semua daerah dan bandar di negeri Johor

Johor yang dinobatkan sebagai tuan rumah kejohanan SUKMA edisi ke-20 ini, telah memulakan pembinaan beberapa projek kemudahan sukan yang baharu seperti Stadium Tertutup Arena Larkin, Stadium Olahraga Mount Austin dan veledrom lumba basikal di Iskandar Puteri.

“Arena Larkin memerlukan tempoh setahun untuk disiapkan manakala pembinaan Stadium Olaharaga Mount Austin sudah mencapai 85 peratus pembinaan. Saya yakin, semua kemudahan ini akan dapat disiapkan tiga atau empat bulan sebelum SUKMA Johor bermula,” jelasnya lagi.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Johor, Dato’ Haji Azmi Rohani; Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Haji A. Rahim Nin dan Pengerusi Jawatankuasa penganjur, Haji Jaafar Hashim.

 

EM

Tinggalkan komen anda