Skip to main content
HomeJohor

Johor Sedia Hadapi Bencana

By 11 Disember 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/Foto: Mohd Zahid Othman (Johor Bahru)

ISKANDAR PUTERI, 11 Dis (Malaysiaaktif) – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Johor pada hari ini telah menerima aset dari kerajaan pusat melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor, Kolonel Mat Zin Bujang berkata tujuan utama perolehan aset tersebut adalah untuk meningkatkan lagi keupayaan Jawatankuasa Pengurusan Bencana di daerah dalam pengoperasian khususnya ketika waktu banjir.

“APM Johor telah menerima aset-aset ini pada 26 Julai, 6 September dan 31 Oktober yang lalu dengan nilai aset keseluruhan berjumlah RM2.27 juta.

Salah sebuah bot penyelamat yang lengkap dengan peralatan penyelamat dan treler yang akan diagihkan kepada setiap daerah di negeri ini untuk meningkatkan keupayaan menghadapi bencana.

Salah sebuah bot penyelamat yang lengkap dengan peralatan penyelamat dan treler yang akan diagihkan kepada setiap daerah di negeri ini untuk meningkatkan keupayaan menghadapi bencana.

Antara aset yang diterima adalah satu unit lori Tatra (7 tan), satu unit lori Iveco (5 tan), 11 unit bot penyelamat beserta enjin, peralatan penyelamat dan treler,” jelas beliau.

Selain itu, sebanyak 1,500 unit Kit Makanan (KM) bencana bernilai RM105 ribu telah diterima dari FAMA dan berfungsi sebagai makanan permulaan yang akan diberikan kepada keluarga yang berpindah ke pusat-pusat pemindahan akibat kejadian bencana.

Aset-aset dan bekalan Kit Makanan bencana ini telah diagihkan kepada Pegawai Operasi APM Negeri Johor dan setiap Pegawai Daerah serta Pegawai APM Daerah di seluruh negeri Johor dalam satu majlis penyerahan yang telah disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani di sini, hari ini.

Azmi Rohani menyerahkan Kit Makanan (KM) bencana yang akan bertindak sebagai makanan permulaan yang akan diberikan kepada keluarga mangsa yang berpindah ke pusat-pusat pemindahan akibat kejadian bencana.

Azmi (kanan) menyerahkan Kit Makanan (KM) bencana yang akan bertindak sebagai makanan permulaan yang akan diberikan kepada keluarga mangsa yang berpindah ke pusat-pusat pemindahan akibat kejadian bencana.

Hadir sama, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan), Badrul Hisham Kassim.

 

EM

Tinggalkan komen anda