Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeMelaka

MAPAN 2019 Petunjuk Kecemerlangan

By 30 Januari 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/ foto: Mohd Muhaimin Amran (Jasin)

AYER KEROH, 30 Jan (Malaysiaaktif) – Seramai 483 orang penjawat awam menerima anugerah sempena Majlis Anugerah Penjawat Awam Negeri Melaka (MAPAN) 2019, yang diadakan di Dewan Seri Negeri Ayer Keroh, di sini, semalam.

Menurut Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari, majlis seumpama ini adalah bertujuan untuk memberi suntikan kepada semua penjawat awam negeri agar bekerja dengan lebih bersemangat supaya dapat meningkatkan produktiviti kerajaan negeri selain menaikkan imej pentadbiran kerajaan negeri di tahap yang lebih tinggi.

“Kejayaan sesebuah negeri terletak di tangan semua penjawat awam yang berjaya melaksanakan segala dasar kerajaan demi membangunkan negeri Melaka dan negara amnya.

“Ketika ini, kerajaan negeri telah berjaya melaksanakan pelbagai inisiatif baru demi menaikkan nama negeri Melaka walaupun sebagai sebuah negeri kecil namun besar untuk dilihat dalam negara kerana ia atas usaha yang telah dilaksana oleh jabatan-jabatan yang terlibat memberi komitmen yang tinggi kepada kerajaan negeri,” ujar Adly.

Siti Zakiah Isa gembira dengan anugerah yang diterima.

Siti Zakiah Isa gembira dengan anugerah yang diterima.

Penerima MAPAN, Siti Zakiah Isa ,29, merupakan penjawat awam di Jabatan Agama Islam berkata,  anugerah ini memberi semangat untuk lebih terus berusaha meningkatkan mutu kerja kerana kerja itu suatu ibadah yang perlu dilakukan seikhlas hati agar dapat memberi pulangan kepada dirinya, keluarga dan kerajaan negeri.

“Insentif yang diterima juga akan digunakan sebaiknya kerana ia merupakan pulangan atas usaha yang dilakukan selama ini bersama rakan di jabatan,” katanya.

Kesemua penerima telah menerima insentif sebanyak RM1000 serta sijil penghargaan daripada Kerajaan Negeri Melaka.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Seri Roslan Ibrahim, Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Negeri Melaka.

 

-KN

Tinggalkan komen anda