Skip to main content
HomeJohor

Mersing Bakal Berubah Wajah

By 4 Februari 2019Tiada komen3 minit bacaan
Pelapor/ Foto: Mohd Zahairi Ahmad Zabidi dan Mohd Hanif Ahmad/ Burhanuddin Jamil (Mersing)

MERSING, 4 Feb (Malaysiaaktif) – Penduduk Kampung Sri Lumpur dan kawasan sekitarnya bakal menerima manfaat pembangunan yang kondusif menerusi program Rancangan Kawasan Khas (RKK).

RKK merupakan suatu rancangan pemajuan yang disediakan untuk tujuan perlaksanaan segera dan lebih terperinci berbanding Rancangan Tempatan.

Menurut Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian, pelancaran Draf Rancangan Khas Kampung Sri Lumpur di Mersing ini juga secara dasarnya turut menterjemahkan cadangan teras di dalam ‘Gerak Kerja Pelan Pembangunan Mampan 2019 – 2030’ tersebut ke dalam cadangan-cadangan projek pembangunan yang dicadangkan seperti pembangunan lestari, pemuliharaan sumber, penggerak zon perdagangan dan komuniti digital, serta urus tadbir cekap, berintegriti dan demokratik.

Ketua Kampung Sri Lumpur/ Bahagia menyerahkan Draf Laporan RKK Kampung Sri Lumpur Kepada Menteri Besar Johor.

Ketua Kampung Sri Lumpur/ Bahagia menyerahkan Draf Laporan RKK Kampung Sri Lumpur Kepada Menteri Besar Johor.

“Ianya merupakan suatu Pelan Tindakan Pembangunan Fizikal yang akan menjadi panduan dan rujukan untuk tujuan kawalan pembangunan dan pemantauan bagi segala bentuk aktiviti pembangunan di kawasan Kampung Sri Lumpur dan sekitarnya yang meliputi seluas 393.73 hektar (972.93 ekar),” jelasnya ketika berucap merasmikan Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Kampung Sri Lumpur di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Pengarah PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia), Datuk Rokibah Abdul Latif, berkata, “Bengkel bersama Pihak Berkepentingan iaitu Pemilik Tanah, Pemilik Rumah, Agensi Teknikal, pengusaha tempatan, pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan/ swasta telah diadakan pada 1 dan 2 Julai 2018 di dewan ini untuk memberi peluang kepada penduduk tempatan terlibat secara langsung dalam menentukan hala tuju pembangunan di kawasan kajian serta bersama-sama memberikan pandangan bagi memantapkan kajian ini”.

“Hasil bengkel ini telah membentuk matlamat pembangunan RKK iaitu merancang pembangunan semula Kampung Sri Lumpur dan sekitarnya sebagai kawasan perkampungan nelayan yang lebih teratur dengan penyediaan kemudahan bagi menyokong aktiviti pelancongan dalam daerah ini,” tambahnya.

Borang Penyertaan Awam RKK Kg. Sri Lumpur boleh didapati di Majlis Daerah Mersing, Pejabat Daerah Mersing dan Kompleks Niaga Mohd Aris (Warung 16)

Borang Penyertaan Awam RKK Kg. Sri Lumpur boleh didapati di Majlis Daerah Mersing, Pejabat Daerah Mersing dan Kompleks Niaga Mohd Aris (Warung 16)

Program Publisiti dan Penyertaan Orang Awam ini akan dibuka untuk penyertaan orang awam bermula 3 Februari hingga 4 Mac 2019.

Dalam tempoh ini, orang awam atau pemegang taruh (stakeholder) yang berkepentingan boleh menyemak dan memeriksa dokumen yang disediakan di lokasi Majlis Daerah Mersing, Pejabat Daerah Mersing dan Kompleks Niaga Mohd Aris (Warung 16).

Ketua Kampung Sri Lumpur, Abd Rafiyuddin, 53, berkata, “Sekalung penghargaan dan syabas kepada PLANMalaysia dengan kerjasama PLANMalaysia@Johor dan Majlis Deerah Mersing, Jabatan serta agensi kerajaan dan swasta serta pihak perunding yang dilantik di atas komitmen menzahirkan sistem pembangunan yang mampan di kampung saya ini. Sebagai wakil penduduk kampung, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan Negeri Johor dan berasa teruja dengan pengumuman pada hari ini”.

Menulusuri Sungai Mersing Meninjau Kawasan RKK Kg. Sri Lumpur

Menulusuri Sungai Mersing Meninjau Kawasan RKK Kg. Sri Lumpur

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi negeri, Tan Hong Pin.

EM

Tinggalkan komen anda