Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

PERWISA Rai 74 Warga Cheshire Home

By 15 Februari 2019Tiada komen1 minit bacaan
Laporan/foto: Yaacob Hamud/Merusin Minuddin (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 15 Februari (Malaysiaktif) – Seramai 74 warga Sabah Cheshire Home diraikan dalam Majlis Perayaan Hari Kristmas 2018 dan Tahun Baru Cina 2019 oleh Persatuan Isteri Wakil-wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri (PERWISA) pada Rabu.

Presiden PERWISA, Datin Seri Shuryani Datuk Shuaib berkata, persatuan berkenaan menyerahkan angpow dan sumbangan harian sebagai sebahagian daripada program kebajikan sosial persatuan berkenaan.

Shuryani (dua dari kiri) menyampaikan angpow kepada warga Cheshire, diiringi Dr Jaina Sintian (kiri).

Shuryani (dua dari kiri) menyampaikan angpow kepada warga Cheshire, diiringi Dr Jaina Sintian (kiri).

“PERWISA amat komited dalam memastikan kebajikan mereka yang tinggal dan menjalani rawatan di sini terjaga dan mendapat peluang yang sama rata dalam masyarakat.

“Bagi pihak PERWISA, kami mengalu-alukan sumbangan orang ramai terutamanya Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan kerajaan agar dapat membantu memenuhi keperluan mereka yang berada di Sabah Cheshire Home antaranya seperti kerusi roda, sumbangan perubatan dan sebagainya,”katanya ketika ditemui media selepas mengagihkan sumbangan tersebut.

Shuryani semasa menyampaikan ucapan pada majlis tersebut.

Shuryani semasa menyampaikan ucapan pada majlis tersebut.

Turut hadir pada majlis adalah isteri Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah, Datin Seri Dr Jaina Sintian; Presiden Persatuan Kebajikan Melati Sabah, Linda Dunstan; Presiden Persatuan Rumah dan Perkhidmatan Cheshire Sabah (Sabah Cheshire Home and Services), Rowland Chin Kok Fah dan Presiden Thalasaemia Sabah Francis Mujim.

EM

 

Tinggalkan komen anda