‘Kita Perlukan Idea-Idea Gila’ – Azlan Man

IMG-20160806-WA0025

 

Oleh Anuar Che Amat

KANGAR, 6 Ogos (Malaysiaktif) – Ahli-ahli koperasi disaran supaya mencuba dan meneroka bidang dan perkhidmatan berteknologi tinggi yang baharu untuk meningkatkan lagi pendapatan koperasi masing-masing.

Ini dinayatakan oleh Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man semasa merasmikan Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Perlis 2016 di Tasik Melati hari ini.

‘Kita perlu sesuatu permikiran dan ‘idea-idea yang gila’ untuk memaju dan meningkatkan lagi pendapatan di masa hadapan bukan hanya kepada koperasi kita tetapi juga kepada negara kita’,

“Mungkin pada awalnya merupakan idea yang gila tetapi suatu ketika nanti ia merupakan sesuatu yang bermanfaat”, ujarnya lagi.

Program selama tiga hari bagi menyalurkan maklumat-maklumat penting secara terus ini melibatkan penyertaan sebanyak 30 koperasi, para usahawan dan pameran oleh 10 agensi kerajaan.

Terdahulu Ahli Majlis Mesuayarat Kerajaan Negeri Datuk Haji Sabry Ahmad selaku Pengerusi Majlis Perundingan Koperasi Negeri Perlis berkata 191 buah kopewrasi di negeri Perlis telah mencacatkan perolehan sebanyak RM82 juta.

 

-MRR
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *