OKU Sertai 3km Balloon Walk

peserta-dan-tetamu-jemputan-di-penamat-acara

 

 Oleh: Edawati Sulaiman (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 11 Disember (Malaysiaaktif) – Kegigihan segelintir Orang Kurang Upaya (OKU) berjalan kaki sambil memegang belon dalam program ‘The Balloon Walk’ telah menarik perhatian masyarakat sekitar, di sini semalam.

Acara berjalan kaki sejauh 3km ini merupakan salah satu aktiviti di Karnival Komuniti ‘Hari Untuk Semua’ sempena sambutan Hari OKU sedunia yang di sambut pada 3 Disember setiap tahun.

Program anjuran Pusat Kesihatan dan Rehabilitasi WQ Park (WQ Park) dengan kerjasama Komuniti 1Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini bertujuan untuk memberikan kesedaran tentang keberadaan individu OKU dalam kalangan masyarakat yang perlu diberi hak yang sama dan bukan sebagai beban dalam masyarakat.

Menurut Pengarah Urusan WQ Park, Datuk Sri Zulkarnain Ismail, program ini dapat mendedahkan masyarakat mengenai keistimewaan warga OKU dari segi keupayaan, kemahiran dan bakat.

“Berdasarkan statistik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Malaysia dianggarkan mempunyai seramai 2.8 juta warga OKU daripada 30 juta penduduk.

“Setakat ini hanya 280 ribu sahaja warga OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat,” ujar Zulkarnain.

Tambah Zulkarnain, kesedaran masih kurang dalam kalangan warga OKU dan anggota keluarga mereka untuk mendaftar sehingga menyukarkan pihak kerajaan dalam membuat perancangan dasar bagi membela nasib OKU secara menyeluruh.

“Mereka perlu tahu hak dan keistimewaan mereka dari segi kemudahan kesihatan, pelajaran, kemudahan awam, teknologi dan sebagainya,” jelasnya.

Ahli Parlimen Setiawangsa, Yang di-Pertua Dewan Negara dan Pengarah Urusan WQ Park turut berjalan sambil memegang belon.

Ahli Parlimen Setiawangsa, Yang di-Pertua Dewan Negara dan Pengarah Urusan WQ Park turut berjalan sambil memegang belon.

Program yang telah dirasmikan oleh Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Seri Abdul Halim Abd Samad ini telah disusuli dengan sesi penyerahan ‘mock cheque’ sumbangan kepada Persatuan Down Sindrom Malaysia dan Persatuan Seniman Malaysia.

Turut menyertai larian, artis tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin bersama suami, Datuk Khalid Mohd Jiwa.

– AH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *