‘Benimar Mileo’ Trend Terbaharu Untuk Rakyat Malaysia

BENIMAR-MELIO-1024x678

 

 Laporan / foto oleh Seri Ayu Wardiah Samsudin / Mohamad Zairin Mohamad Zin (Petaling)

SHAH ALAM, 20 April (Malaysiaaktif) – “Pengenalan kepada ‘motorhomes’ di Malaysia ini adalah sesuatu yang baharu dan ini akan memberikan potensi terciptanya satu kesan besar kepada industri di Malaysia ini.

“Bidang pelancongan dan juga automotif akan dapat melihat pasaran baru yang dapat membawa keuntungan dan kesan yang besar kepada industri tersebut,” kata Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed ketika majlis pelancaran Caravan pertama di Malaysia, Benimar Mileo bertempat di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini, semalam.

Motorhomes dilihat mampu memberikan kesan besar kepada industri pelancongan dan automotif di Malaysia - Datuk Seri Mustapa Mohamed

Motorhomes dilihat mampu memberikan kesan besar kepada industri pelancongan dan automotif di Malaysia – Datuk Seri Mustapa Mohamed

“Dengan adanya Caravan ini, semangat kekeluargaan akan dapat dipupuk contohnya bila di rumah, ada saja ahli keluarga yang tiada dan sibuk dengan urusan masing-masing tetapi dengan adanya Caravan ini, sesebuah keluarga dapat meluangkan masa bersama-sama sambil menjelajah ke tempat-tempat yang menarik di Malaysia ini,” tegas beliau lagi.

Luxe Motorhomes & Caravans adalah pengedar tunggal bagi Caravan ‘Benimar Mileo’ di Malaysia dan menjadi Caravan pertama di atas jalan serta menawarkan konsep yang moden dan selesa serta harga yang berpatutan dan sesuai untuk perniagaan serta percutian.

“Syarikat kami juga turut bekerjasama dengan rumah peranginan, hotel, taman negara dan juga pusat latihan yang mempunyai kelengkapan dan daya tarikan untuk menjadi tapak percutian bagi Caravan ini dan sasaran kami untuk mempunyai sekurang-kurangya 5 tapak percutian di setiap negeri,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif WTA Ventures Sdn Bhd, Mohd Arne Haffnee ketika sidang media selepas sesi pelancaran Caravan tersebut.

Caravan ini mempunyai 13 model yang berbeza untuk pilihan rakyat Malaysia daripada 2 hingga 6 tempat duduk dan harganya bermula dari RM 609,000 hingga RM 650,000 untuk seunit dan semua dalam transmisi automatik untuk memudahkan penggunaannya.

“Kami mendapat banyak permintaan daripada pelanggan kami disebabkan kami ini bermula daripada agensi pelancongan dan membawa pelancong ke luar negara seperti di Eropah dan sebagainya dan bila melihat Caravan di sana, mereka katakan pada saya yang kita perlu bawa Caravan ini di Malaysia,” ujar Pengarah Urusan WTA Ventures Sdn Bhd, Nadia Abas ketika sidang media.

“Dengan adanya ‘Caravan Park’ di Malaysia seperti di Pontian dan Bayu Desaru di mana IIUM Properties sendiri akan membangunkan ‘Caravan Park’ di Malaysia, kami lihat itu akan jadi trend di Malaysia dan itulah sebabnya kami bawa produk ini ke Malaysia dan juga dapat membantu pelancongan di dalam Malaysia ini,” katanya lagi.

Majlis ini turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr. Hussamuddin Yaacub.

 

-SH/AAS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *