Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangor

420 Lagi Jemaah Haji Berlepas Ke Tanah Suci

By 24 Julai 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan dan foto oleh: Norfarhana Mohd Zainal Abidin (Petaling Jaya)

KELANA JAYA, 24 Julai (Malaysiaaktif) – “Sebanyak 30,200 kuota disediakan dengan pemberian subsidi sebanyak RM9,570 diberikan untuk jemaah haji pada tahun ini, hampir sama banyak dengan jumlah harga yang dibayar oleh jemaah iaitu sebanyak RM9,980 dan kadar ini tidak pernah berubah sejak tahun 2006.”

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata demikian ketika mengucapkan selamat jalan kepada 420 jemaah haji penerbangan kedua musim 1438H/2017M di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, hari ini.

Penerbangan terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Madinah ini berlepas pukul jam 9.30 malam menaiki penerbangan Flynas dan dijangka tiba pada jam 1.30 pagi waktu Arab Saudi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak

Pada musim haji tahun ini, sebanyak 112 penerbangan carter disediakan untuk membawa 30,200 bakal jemaah haji ke Tanah Suci menerusi penerbangan Malaysia Airlines Berhad (MAB) dan FLYNAS.

Perdana Menteri turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada Raja Salman kerana menunaikan permintaan Malaysia untuk menambah kuota jemaah haji dan memilih Malaysia sebagai lokasi cadangan membangunkan ‘King Salman Centre of Global Peace’ dan menjadikan Malaysia contoh terbaik negara Islam dari segi keamanan, wasatiyah serta Islam yang progresif.

Fatimah Wati Abdul Hamid, 40 tahun

Fatimah Wati Abdul Hamid, 40 tahun

Salah seorang jemaah, Fatimah Wati Abdul Hamid, 40, ketika ditemui berkata, dia amat terkejut ketika menerima surat tawaran panggilan haji dan bersyukur kerana doa untuk menjejakkan kaki ke tanah suci serta penantian sejak 10 tahun lalu dimakbulkan Allah.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Duta Besar Arab Saudi di Malaysia, TYT Mahmoud Hussen Qattan.

Swafoto bersama PM

Swafoto bersama PM

Selain itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Asyraf Wajdi Datuk Dasuki, Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim, dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Seri Johan Abdullah turut hadir pada majlis tersebut.

Penerbangan pertama yang membawa 483 jemaah haji telah berlepas pada jam 5.50 pagi tadi manakala penerbangan terakhir ke Tanah Suci bagi jemaah haji negara adalah pada 26 Ogos ini.

DZ

Tinggalkan komen anda