Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeJohor

JCorp permudah hubungan dengan masyarakat bandar dan desa

By 28 Januari 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan & Foto Oleh : Mohd Zahid Bin Othman & Mohd Najib Bin Mohaini (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 28 Jan (Malaysiaaktif) – Kemudahan jalur lebar (WiFi) percuma di 800 lokasi hotspot seluruh negeri Johor sebagai Titik Sentuhan Bajet Johor 2018 yang melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM10 juta setahun untuk lima tahun tempoh operasi.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ketika merasmikan Majlis Pelancaran JCorp WiFi di Larkin Sentral, Johor Bahru hari ini, “Kemudahan ini bukan sahaja tersedia untuk masyarakat di bandar, malah beberapa hotspot di kawasan yang terpilih melibatkan kawasan luar bandar kerana kita ingin memastikan yang kawasan luar bandar dan bandar di Johor akan terhubung baik.

Dengan jaringan internet yang stabil, kawasan luar bandar akan dapat limpahan ekonomi dari bandar dan sebaliknya - Khaled Nordin

Dengan jaringan internet yang stabil, kawasan luar bandar akan dapat limpahan ekonomi dari bandar dan sebaliknya – Khaled Nordin

Hanya dengan jaringan internet yang stabil dan meluas seperti ini, kawasan luar bandar akan dapat menerima pelbagai limpahan ekonomi dari bandar dan sebaliknya,” katanya.

JCorp WiFi, merupakan inisiatif terbaharu Johor Corporation memberi akses lebih mudah kepada rakyat Johor mendapatkan khidmat internet percuma.

IMG-20180128-WA0059

Projek JCorp WiFi dengan kerjasama Telekom Malaysia Berhad (TM) melalui TM ONE, akan menyediakan kemudahan perkhidmatan WiFi berkelajuan tinggi meliputi daerah Segamat, Muar, Ledang, Batu Pahat, Mersing, Kluang, Kota Tinggi serta Johor Bahru.

Terdahulu, Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Coporation, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim berkata, JCorp WiFi boleh diakses secara percuma 24 jam sehari dan ini merupakan inisiatif transformasi digital Johor Corporation bagi menyediakan akses kepada rakyat untuk terus berhubung pada setiap masa serta meningkatkan pengalaman pelanggan dalam talian.

“Projek ini dilaksanakan secara berperingkat mulai November 2017 dan dijangka siap sepenuhnya pada Februari 2018,” jelasnya lagi kepada pemberita.

Selepas majlis pelancaran itu, Khaled Nordin melakukan tinjauan kerja-kerja menaiktaraf Terminal Larkin Sentral yang melibatkan dua komponen utama iaitu naik taraf fasiliti seperti platform bas, ruang menunggu dan kaunter serta kiosk pembelian tiket.

Kedua, kerja menaiktaraf sistem pembelian tiket berpusat (E-Ticketing System) dan sistem menurunkan dan mengambil penumpang di platform (Entry System).

Kerja menaiktaraf terminal bermula Mac 2016 dan dijangka siap sepenuhnya pada Mac tahun ini melibatkan nilai pembangunan sebanyak RM15.7 juta.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Negeri Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad dan Ketua Pegawai Eksekutif TM ONE, Azizi A. Hadi.

– MRR

Tinggalkan komen anda