
KUALA LUMPUR, 20 Mei (Malaysiaaktif) — Pemerhatian Bahagian Maksiat D7 Bukit Aman ke atas sebuah pusat hiburan di Cheras membuahkan hasil.
Dalam serbuan yang dibuat malam tadi seramai 21 wanita asing ditahan. Kesemua mereka disyaki terbabit dalam kegiatan pelacuran.
Operasi diketuai Inspektor Razali Md Kassim.
Ketika diserbu, GRO terbabit sedang melayan pelanggan. Pemeriksaan mendapati 17 daripada mereka adalah warga China dan 4 Vietnam.
Mereka didapati melanggar peraturan imigresen di bawah Seksyen 39B dan Seksyen 6 (1) C Akta Imigresen.
Polis masih memburu kumpulan sindiket yang membekalkan GRO berkenaan.
Kesemua tahanan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Cheras untuk tindakan lanjut.