Skip to main content
Home

Kenyataan Media Zahid Hamidi Mengenai Rohingya

By 20 Mei 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Malaysiaaktif) — Berikut kandungan siaran media kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi yang dikeluarkan sebentar tadi:

Isu migran Rohingya adalah isu kemanusiaan yang dipandang berat oleh rakyat Malaysia, dan saya selaku Menteri Kabinet memahami kegelisahan rakyat tentang respon Kerajaan Malaysia.

Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan orang perseorangan adalah digalakkan untuk tampil membantu dan pada masa yang sama akan dimudahcarakan oleh agensi kerajaan dalam penyaluran bantuan berkenaan.

Ini adalah krisis kemanusiaan yang menyentuh naluri dan belas kasihan serta kemanusiaan sejagat. Ā Ia bukan lagi hanya melibatkan isu ummah semata-mata.

ā€œSaya minta semua NGO tanpa mengira agama dan kaum untuk tampil membantu secara sukarela terhadap migran Rohingya ini. Walaupun mereka merupakan golongan migran yang cuba masuk secara tidak sah dan melanggar peraturan imigresen tetapi kebajikan mereka tidak wajar diabaikan.Ā  Ā Mereka ini adalah migran Rohingya yang diseludupkan di atas kerelaan mereka sendiri susulan daripada pembayaran kepada sindiket atau tekong.ā€

Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Imigresen Malaysai (JIM) sedia bekerjasama dan menerima segala bentuk bantuan serta sumbangan dari mana-mana NGO dan juga orang persendirian dalam membantu migran Rohingya yang terdampar di Langkawi pada 10 MeiĀ 2015 baru-baru ini.

Penyaluran Ā bantuan Ā ke Ā Depot Ā Imigresen Ā Belantik Ā bolehĀ  disalurkan Ā melalui Ā Jabatan Imigresen Kedah di Alor Setar untuk tujuan penyelarasan. Justeru sebarang sumbangan dan bantuanĀ  boleh Ā dihantarĀ  ke Ā Jabatan Ā ImigresenĀ  Malaysia Ā Negeri Ā Kedah, Ā Tingkat Ā 1-2, Bangunan Kementerian Dalam Negeri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, BandarĀ Muadzam Shah, 60550 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Tinggalkan komen anda