
WARSAW, POLAND, 28 Mei – Pemilihan Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa,FIFA, Jumaat ini perlu ditangguh.
Ini berikutan badan bola sepak dunia itu terpalit dengan dua dakwaan skandal rasuah.
Persekutuan Bola Sepak Eropah, UEFA, membuat saranan itu selepas mesyuarat tergempar Jawatankuasa Eksekutif UEFA di Warsaw.
Kongres FIFA bermula esok dan proses undian untuk kerusi presiden akan berlangsung Jumaat.
Penyandang Presiden FIFA, Sepp Blatter dijangka bersaing dengan Putera Ali Al-Hussein dari Jordan.