Skip to main content
Home

Pengundian PRK Parlimen Permatang Pauh Bermula

By 7 Mei 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

PERMATANG PAUH, 7 Mei (Malaysiaaktif) — Pengundian untuk Pilihanraya Kecil (PRK)  Parlimen Permatang Pauh dibuka pada pukul lapan pagi tadi.

PRK ini menyaksikan pertandingan empat penjuru di antara calon Barisan Nasional (BN) Suhaimi Sabudin, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Azman Shah dari PRM dan calon bebas Salleh Ishak.

Kerusi parlimen Permatang Pauh dikosongkan setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana meliwat, hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen selepas Lembaga Pengampunan menolak rayuan beliau.

Anwar yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) menang kerusi tersebut dengan majoriti 11, 721 undi pada Pilihanraya Umum (PRU) Mei 2013.

Beliau memperoleh 37,090 undi berbanding calon BN Mazlan Ismail yang hanya mendapat 25, 369 undi.

Berikut laporan detik-detik PRK Permatang Pauh sejak pagi tadi:

8.00 : Pengundian dibuka di 25 buah pusat mengundi. Sejumlah 71, 252 orang pengundi biasa layak mengundi. Barisan yang panjang kelihatan di semua pusat.

8.05: Calon BN Suhaimi Sabudin tiba di SMK Guar Perahu untuk mengundi. Kakak beliau Suraya Sabudin, 50 dilihat turut berbaris di pusat mengundi. Suraya, seorang tukang jahit tiba bersama ibu dan adik-adiknya.


suhaimivotecast

8.30 : Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di SK Seri Penanti dengan rombongannya.


wanazizahvotecast

Antara pengundi paling awal di SK Seri Penanti, warga emas Othman Daud, yang berusia 103 tahun berasal dari Tanah Liat. Beliau mengundi bagi kali ke-14.

 

 

Tinggalkan komen anda