Skip to main content
Home

Soroton Hari Terakhir Kempen PRK Permatang Pauh

By 6 Mei 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

PERMATANG PAUH, 6 Mei (Malaysiaaktif) — Hari ini terakhir kempen dibenarkan bagi Pilihan raya Kecil Parlimen Permatang Pauh.

Pertandingan empat penjuru ini didominasi dua parti utama, iaitu Barisan Nasional (BN) dan PKR.

Pelbagai isu digunakan dalam usaha meyakinkan pengundi pihak mana perlu disokong.

Namun demikian, paling terserlah isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) yang digunakan PKR untuk menyerang BN, dan seterusnya menghakiskan keyakinan terhadap calon parti itu.

BN terus berusaha membuat anjakan berlandaskan fakta yang menyerlahkan agenda pembangunan sahih.

BN juga mempersoalkan tindakan kerajaan Pulau Pinang menaikkan tarif air sebanyak 16.7 peratus, kadar sewa gerai sehingga 100 peratus dan kegagalan menyediakan rumah murah kepada rakyat negeri itu.

Berdasarkan persepsi bahawa PRK di Permatang Pauh ini ibu kepada semua pilihan raya kecil, jentera kempen kedua-dua parti utama yang bertanding bertungkus lumus berusaha bagi meraih sebanyak mungkin sokongan.

Berdasarkan dari penjuru mana seseorang menilai keadaan, PKR mungkin dirasakan mempunyai peluang cerah untuk terus mengekalkan kerusi parlimen di sini.

Namun demikian, apa yang dilakukan pihak BN juga tidak boleh dipandang remeh.

Pertarungan sebenar ialah antara persepsi dan realiti

Tinggalkan komen anda