Skip to main content
Home

AES Berjaya Kadar Kurangkan Kemalangan Maut – Liow

By 28 Mei 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Malaysiaaktif) — Pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik AES, berjaya mengurangkan kemalangan maut dan meningkatkan kadar pematuhan peraturan jalan raya.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, ia berdasarkan keputusan analisis yang dibuat oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, MIROS terhadap perangkaan kemalangan jalan raya di 14 lokasi yang dipasang kamera AES.

Hasilnya, kemalangan maut bagi tempoh lapan bulan selepas pelaksanaannya menurun kepada 12 kes berbanding 19 kes bagi tempoh yang sama sebelum itu.

Sebelum pelaksanaan AES, kadar pematuhan had laju pada hari bekerja di enam lokasi kamera tetap AES adalah kira-kira 63 peratus, berbanding 91 peratus selepas pelaksanaannya.

Kerajaan yakin, sekiranya AES dilaksanakan di seluruh negara, kadar pematuhan terhadap peraturan lalu lintas akan meningkat, sekaligus bilangan kemalangan maut akan menurun secara drastik.

Tinggalkan komen anda