
SHAH ALAM, 28 Mei (Malaysiaaktif) — Kes bunuh eksekutif pentadbiran TV9. Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi tadi membebaskan suami kepada mangsa atas tuduhan membunuh tiga tahun lalu.
Hakim, Datuk Abdul Halim Aman, membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes.
Norazman Bashah, 34 tahun, bekas eksekutif bahagian teknologi maklumat syarikat gas dan minyak, didakwa membunuh Nur Syaleza Jaafar 31 tahun di kediaman mereka di Tingkat 1, Apartment Saujana, Damansara Damai, Petaling Jaya.
Kejadian berlaku antara 12 tengah hari hingga 7.30 malam, 28 Julai 2012.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rosidah Abu Bakar.
Seramai 24 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan bermula pada 16 Oktober tahun lalu.