Skip to main content
EkonomiHomeViral

Arul Kanda Nafi Kemuka Penyata Bank Palsu Kepada Bank Negara

By 28 Mei 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Malaysiaaktif) — Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Arul Kanda Kandasamy hari ini menafikan dakwaan beliau mengemukakan penyata bank palsu kepada Bank Negara Malaysia.

Terkini, blog Sarawak Report melaporkan Arul Kandasamy telah mengemukakan penyata bank palsu kepada Bank Negara bagi menunjukkan bahawa 1MDB mempunyai tunai dalam akaun BSI di Singapura.
Sementara itu, beliau juga berkata IMDB memberikan kerjasama penuh siasatan pejabat Ketua Audit Negara dan akan memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.
Katanya, siasatan yang telus dan tidak berpihak sepatutnya menjawab pelbagai persoalan mengenai syarikat itu.
Justeru, beliau meminta semua pihak menunggu hasil siasatan berkenaan dan tidak membuat sebarang dakwaan tidak bertanggungjawab dan tidak berasas.

Tinggalkan komen anda