Skip to main content
HomeViral

Pemandu Lori Mengaku Salah Sebab Kemalangan di LPT 2

By 28 Mei 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA TERENGGANU, 28 Mei (Malaysiaaktif) — Pemandu lori yang menyebabkan lima sekeluarga maut dalam nahas di Kilometer 386.6, Lebuh Raya Pantai Timur Dua di Hulu Terengganu, Ahad lalu mengaku bersalah di Mahkahmah Majistret Kuala Terengganu.

Tertuduh, Fazly Othman, 35 tahun berasal dari Labis, Johor kelihatan sugul di kandang tertuduh ketika pertuduhan dibacakan.

Tertuduh mengangguk faham dan mengaku bersalah di hadapan Majistret Roziati Mohamed Hanaphi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memandu lori secara berbahaya sebelum merempuh kereta jenis Kia Spectra yang dinaiki mangsa sehingga menyebabkan kematian Ahmad Razi Harun 53, Dayang Suhana 23, Umar Rayyan Suhaimi 6 dan Nur Damia Irdiha Rosailan, 1 tahun.

Seorang lagi mangsa Hafsah Wangai, 59 tahun, meninggal di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(1), Akta Pengangkutan Jalan 1999.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin.

10 Jun 2015 ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula dan keputusan kes akan didengar di Mahkamah Majistret Kuala Berang.

Tinggalkan komen anda