Skip to main content
GlobalHomeViral

Ban Ki-Moon Telefon Najib Berhubung Pelarian Rohingya

By 16 Mei 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

JOHOR BAHRU, 16 Mei — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerima panggilan telefon pagi tadi dari Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon yang menyuarakan kebimbangan mengenai pelarian etnik Rohingya.

Najib berkata, beliau sendiri menyatakan isu itu adalah satu malapetaka kemanusiaan yang perlu ditangani segera.

“Saya nyatakan ia bukan isu ASEAN tetapi isu kemanusiaan sejagat yang perlu diberi perhatian semua pihak. “Kita hormati prinsip ASEAN kita tak campur urusan dalaman negara ahli tetapi bila satu masalah itu merebak dan menjejaskan negara anggota lain, maka kita perlu membuat sesuatu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan penyerahan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Melana Indah Fasa 1 dan melancarkan pembinaan PPR Melana Fasa II, dekat sini sebentar tadi. Sehubungan itu Najib berkata, satu penyelesaian melalui forum ASEAN dan kerjasama semua pihak perlu diadakan.

–BH

Tinggalkan komen anda