
KUALA LUMPUR, 16 Mei (Malaysiaaktif) — Sejak beberapa tahun lalu entah berapa kali berita tentang kematian pelakon antarabangsa popular, Jackie Chan dilaporkan.
Ia hanyalah berita palsu yang sejak kelmarin turut diviralkan dalam media sosial di Malaysia.
Beberapa portal hiburan dunia telah menyiarkan kenyataan menafikan berita tersebut.