Skip to main content
Berita TempatanHome

Blackberry Leap Boleh Didapati Bermula 20 Mei

By 14 Mei 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 14 Mei — Blackberry Leap yang baharu boleh didapati di Malaysia mulai 20 Mei ini.

Pengarah Kanan Pengurusan Produk Asia Pasifik Blackberry Ltd Damian Tay berkata telefon bimbit tersebut boleh didapati di syarikat-syarikat telekomunikasi, Maxis, Celcom dan TuneTalk.

Ia akan dijual pada harga RM1,089 termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP).

Bagaimanapun, bagi mereka yang ingin mendapatkan telefon bimbit tersebut dengan segera, ia boleh ditempah di platform e-dagang, 11street, dari 5 hingga 19 Mei ini.

“Model ini mempunyai ciri-ciri keselamatan dan bateri yang boleh bertahan sehingga 25 jam. Ia turut dilengkapi perisian operasi 10.3.1,” kata Tay pada taklimat media di sini pada Rabu bagi menampilkan peranti terkini itu.

Blackberry Leap disasarkan kepada mereka yang ingin meningkatkan kerjaya dan syarikat.

Tinggalkan komen anda