Skip to main content
EkonomiHomeViral

BNM Sahkan Terima Laporan 1MDB, Tapi Sulit, Kata Zeti

By 26 Mei 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 26 Mei — Bank Negara Malaysia mengesahkan menerima laporan daripada Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) berkaitan pelaburan 1Malaysia Development Berhad dengan Bank BSI di negara itu.

Bagaimanapun, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, laporan itu adalah sulit dan tidak dapat dikongsi dengan umum.

“Maklumat ini hanya boleh disampaikan kepada agensi penguatkuasa yang bertanggungjawab.

“Pihak kami tidak dapat menyatakan lebih daripada itu,” katanya pada sidang media, Selasa.

Tinggalkan komen anda