
PUTRAJAYA, 22 Mei (Malaysiaaktif) — Jabatan Kastam Kastam Diraja Malaysia (JKDM) melarang keras taktik promosi peniaga yang menggunakan slogan GST ditanggung oleh peniaga.
Pengarah GST JKDM Datuk T. Subromaniam berkata, taktik tersebut dikhuatiri akan memberikan gambaran kurang tepat kepada pelabur tempatan dan luar negara, seolah-olah cukai GST perlu diserap oleh peniaga sedangkan ia adalah tanggungjawab pengguna untuk membayarnya.
Menurut Subromaniam,”Perbuatan itu menyalahi peruntukan Seksyen 9, Akta GST dan juga Peraturan 22 Cukai Barang dan Perkhidmatan.”
Beliau menyarankan supaya pihak terbabit menggunakan promosi dengan menurunkan harga barangan tanpa perlu peniaga menyerap cukai GST.
Katanya, Jabatan Kastam tidak akan berkompromi dengan peniaga yang masih ingkar walaupun telah diberikan peringatan.