Skip to main content
HomeViral

Guru KAFA Tuntut Kenaikan Gaji DiJanjikan Akhirnya Dipecat

By 22 Mei 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

SHAH ALAM, 22 Mei (Malaysiaaktif) — Kerana bersuara menuntut kenaikan elaun guru KAFA beliau akhirnya dipecat daripada jawatan.

Ehsan Bukharee Badrul Hisham menuntut apa yang telah dijanjikan dalam manifesto Pakatan Rakyat (PR) semasa pilihanraya lalu.

Beliau memberitahu media notis pemecatan sebagai guru KAFA daripada JAIS berkuatkuasa 1 Jun ini, dan beliau akan mencabar tindakan pemecatan itu melalui saluran undang-undang.

Pada 8 April lalu dia cuba bertemu dengan Menteri BEsar Selangor Azmin Ali, tetapi dihalang.

Ehsan mahu janji menaikkan elaun guru KAFA dari RM1,212 kepada RM1,500 di tunaikan.

Pengarah JAIS enggan mengulas tindakan pemecatan itu.

Tinggalkan komen anda