
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Malaysiaaktif) — Ketegasan Kementerian Belia dan Sukan KBS menangani isu doping yang melibatkan atlet negara, menyaksikan menterinya, Khairy Jamaluddin mengumumkan Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) menjadi sebuah agensi bebas, menjelang hujung tahun ini.
Selain itu, satu makmal ujian doping baharu yang diakreditasi Agensi Anti-Doping Dunia (Wada) akan dibina dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi.
Khairy hadir merasmikan Persidangan Anti-Doping Dalam Sukan Kebangsan di Seri Kembangan pagi tadi.
Turut berlangsung majlis menandatangani perjanjian penerimaan undang-undang baharu Adamas bersama Persatuan-Persatuan Sukan Kebangsaan.