
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Malaysiaaktif) – Jabatan Imigresen mengeluarkan kenyataan mengumumkan pemegang paspot Hong Kong, Wong Chi Fung dilarang memasuki Malaysia.
Wong dikatakan tiba di Lapangan Terbang Pulau Pinang pada pukul 11.50 pagi tadi dengan menaiki penerbangan KA633 Dragon Air dari Hong Kong.
Semasa pemeriksaan Imigresen pegawai bertugas mendapati dia disenaraikan dalam golongan orang yang dilarang masuk ke negara ini.
Menurut kenyataan itu lagi, pegawai imigresen melaksanakan proses pengurusan penolakan kemasukan warga negara asing ke negara ini mengikut Standard Operating Procedure yang ditetapkan.
Mengikut prosedur antarabangsa, individu yang ditolak kemasukannya hendaklah dihantar balik ke lapangan terbang di mana dia berlepas dengan menaiki penerbangan masuk ke negara ini dan bukan ke destinasi lain.
Wong dihantar pulang ke Hong Kong dengan menaiki penerbangan KA634 pada pukul 12.50 tengahari tadi.
Wong yang juga dikenali sebagai Joshua Wong adalah seorang pemimpin pelajar utama sewaktu protes ‘Occupy’ di Hong Kong tahun lepas.
Dia dikatakan merancang menghadiri empat seminar dan bercakap mengenai pergerakan pro-demokrasi berdarah di Medan Tiananmen, Beijing pada 1989 di empat bandar di Malaysia minggu ini.
Aktivist muda ini juga dikatakan berpegang kepada misi menghasut untuk mecetuskan kebangkitan menentang kerajaan di Hong Kong.