Skip to main content
Home

Kem PLKN Rimba Takwa Sik Akan Jadi Penempatan Rohingya

By 30 Mei 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

SIK, KEDAH, 30 Mei (Malaysiaaktif) —Kem Pusat Latihan Khidmat Negara, PLKN Rimba Taqwa di sini akan dijadikan penempatan sementara buat 500 pelarian Rohingya.

Ruang pejabat turut disediakan bagi petugas menguruskan pelarian ini.

Pelarian Rohingya ini akan ditempatkan di bilik dan dorm yang mampu memuatkan 8 orang hingga 30 orang.

Menurut Komanden Kem PLKN Rimba Taqwa, Mejar Syed Hussein Syed Salim, setakat ini pihak pengurusan kem belum menerima sebarang arahan rasmi untuk menempatkan pelarian Rohingya dan kemungkinanan akan ditempatkan di kem tersebut dalam tempoh terdekat.

Selain Kem PLKN Rima Taqwa, satu lagi Kem PLKN Rekreasi Belia di Baling turut dijadikan pusat penempatan sementara bagi pelarian ini.

Tinggalkan komen anda