
Oleh Azrul Hasan
PERMATANG PAUH, 19 Mei (Malaysiaaktif) – Satu kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan, termasuk sebuah lori kontena, sebuah kereta dan sebuah motosikal berlaku pagi tadi di Ampang Jajar di sini.
Dalam insiden itu pada pukul 9 pagi tadi itu, kesemua kenderaan dikatakan sedang menghala ke arah Mak Mandin.
Pemandu kereta dan penunggang motosikal mengalami kecederaan, manakala pemandu lori hanya mengalami luka ringan.
Pemandu lori yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh anggota jabatan Bomba dan Penyelamat.
Kemalangan menyebabkan kesesakan jalanraya sepanjang beberapa kilometer.