
TEMERLOH, 19 Mei (Malaysiaaktif) — Seorang anggota polis, Sjn Che Omar Ab Ghani dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Bera meninggal dunia selepas kereta pasukan yang dipandunya melanggar gelung besi yang jatuh dari sebuah lori di Lebuhraya Pantai Timur 6 pagi tadi.
Kejadian berlaku di KM 153.8 mengarah ke timur.
Penumpang ASP Zulkifli Nasir cedera parah dan dibawa ke hospital Temerloh .
Sjn Che Omar meninggal di tempat kejadian .