Skip to main content
EkonomiHomeViral

PAC Akan Tetapkan Tarikh Baharu Prosiding Dua Saksi

By 25 Mei 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Malaysiaaktif) — Prosiding syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Delopment Berhad, 1MDB yang sepatutnya diadakan esok (Selasa) terpaksa ditangguhkan selepas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Arul Kanda Kandasamy dan bekas ketua pegawai eksekutif syarikat berkenaan, Datuk Shahrul Ibrahim Halmi mempunyai urusan di luar negara.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kira – Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed, pihaknya telah menerima surat makluman melalui Kementerian Kewangan pada 22 Mei lalu.

Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kira – Kira Wang Negara PAC di Parlimen.

Penangguhan bagaimanapun tidak bermakna prosiding akan dilewatkan dan beliau menggesa kedua – dua individu berkenaan supaya tampil kepada PAC dengan segera.

Nur Jazlan berkata walaupun mereka meminta 30 hari, PAC mungkin akan berikan masa lebih singkat.

Beliau berkata PAC juga memanggil juruaudit Deloitte, KPMG dan Ernst and Young sebagai saksi.

1MDB yang ditubuhkan kerajaan pada 2009 untuk memacu pelaburan, menjadi fokus kritikan disebabkan hutang berjumlah sehingga RM42 bilion, selain menghadapi masalah kewangan sekarang.

Keadaan menyebabkan pelbagai pihak, termasuk bekas Perdana Menteri Tun DR Mahathir Mohamad menggesa supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan.

PAC memulakan siasatan ke atas dana strategik itu pada 19 Mei.

 

 

 

 

 

 

Tinggalkan komen anda