
KUANTAN, 25 Mei (Malaysiaaktif) — Menerusi inisiatif Yayasan Al Bukhary, Pusat Pendidikan Rohingya REC di Indera Mahkota dibuka bagi menempatkan 130 kanak-kanak.
Ojektif REC ini adalah menyediakan kemudahan pendidikan sebagai jaminan masa depan kanak-kanak Rohingya berkenaan.
Pusat pendidikan ini dilengkapi perpustakaan, 4 bilik darjah dan 6 bilik air.
Semua murid membabitkan pelbagai peringkat umur kini menetap di empat buah kampung di sekitar Kuantan.
Pengkelasan murid dilakukan mengikut pencapaian ujian diagnostik dan menggunakan kokurikulum sekolah kebangsaan.
Selain diberi kemudahan buku, kanak-kanak ini dibantu daripada segi pakaian dan makanan.
Yayasan Al Bukhary bercadang menambah dua lagi REC di Selangor dan Pulau Pinang.