
Turut hadir untuk memberi keterangan pada prosiding PAC itu ialah Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) Datuk Seri Dr Rahamat Bivi Yusoff.
Mereka berdua akan memberikan kenyataan kepada PAC yang diketuai Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed mengenai 1MDB.
Setakat pukul 2 petang ini, siasatan masih berjalan dan sidang media dijangka diadakan selepas mesyuarat berkenaan tamat.
PAC mengambil keputusan memulakan siasatan terhadap 1MDB selepas mesyuarat khas yang diadakan pada 30 April lepas.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini telah mengarahkan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang untuk menjalankan siasatan terhadap 1MDB.
Menurut Ambrin laporan audit berkenaan 1MDB akan dikeluarkan penghujung Jun depan.