
KOTA BHARU, 27 Mei (Malaysiaaktif) — Seorang pelajar berusia 17 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas tuduhan menyebabkan kematian seorang pelajar junior di sebuah Kolej Vokasional di Bachok, 12 Mei lalu.
Hakim Mohd Yusoff Yunus membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000.
Tertuduh didakwa menyebabkan kematian Muhammad Nur Akram Zime, 16 tahun dengan niat.
Dakwaan mengikut Seksyen 304(A) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan.