Skip to main content
HomeViral

3 Termasuk 2 Anggota Tentera Maut Dalam Kemalangan

By 27 Mei 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

SEREMBAN, 27 Mei (Malaysiaaktif) — Tiga lelaki termasuk dua anggota tentera dari Kem Sungai Udang, Melaka maut dalam kemalangan di Kilometer Dua, Jalan Juasseh-Bahau, berhampiran Kampung Ulu Jempol,Negeri Sembilan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi tadi,  sebuah kereta Proton Saga yang dinaiki kelima-lima mangsa dilaporkan dalam perjalanan dari arah Juasseh ke Bahau.

Kereta berkenaan dipercayai terbabas dan melanggar tiang lektrik sebelum terjunam ke lubang pembentung.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba Dan Penyelamat Bahau, Pegawai Bomba Kanan Dua, A.Gonaselan ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan nahas itu, pada pukul 4.34 pagi dan menghantar sebuah jentera bersama tujuh anggota ke lokasi kejadian.

Tiga mangsa, masing-masing dua lelaki dan seorang wanita, tercampak keluar dari kenderaan, manakala dua lagi mangsa, tersepit dalam kereta.

Tiga mayat mangsa dihantar ke hospital jempol untuk bedah siasat.

Dua wanita yang parah, dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah, untuk rawatan lanjut.

Tinggalkan komen anda