Skip to main content
Home

Pemerkasaan TVET Dalam Rancangan Malaysia ke 11

By 21 Mei 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh Roshdan Malek

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Malaysiaaktif ) –  Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak antara lain, menekankan agenda peningkatan, terutama, pendidikan tenaga mahir ketika membentangkan Rancangan Malaysia ke 11 di Parlimen pada Khamis.

Menurut Najib,, dalam menuju negara maju, lebih ramai pekerja berkemahiran tinggi diperlukan.

Justeru, kata beliau, kerajaan mahu lebih ramai pelajar berpendidikan kemahiran dan vokasional, yang kini hanya 25 peratus untuk diterapkan ke dalam rancangan melonjakkan jumlah kepada 35 peratus supaya lebih berdaya saing.

Bagi memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) RM1bilion ringgit akan ditambah kepada Tabung Pembangunan Kemahiran,  iaitu peningkatan 100 peratus berbanding  rancangan sebelumnya.

Najib berkata, ini  bagi membolehkan lepasan TVET mendapat pekerjaan dengan pendapatan nilai tambah yang tinggi dalam sektor-sektor seperti minyak dan gas, kejuruteraan penerbangan, perkapalan serta automotif.

Selain itu, Program Sistem Latihan Dual Nasional disesuaikan dengan TVET di Jerman yang 70 peratus kandungan latihan perantisan.

Pendekatan ini  dijangka meningkatkan jumlah pelatih daripada 164 ribu kepada 225 ribu pada 2020. Dalam pada itu, sebagai galakan bagi pihak swasta insentif berbentuk geran dan pengecualian cukai akan dicadangkan kerajaan.

Perdana Menteri juga berkata, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 sedang dilaksanakan dengan rapi untuk meningkatkan kualiti pendidikan.

Beliau berkata rakyat perlu menguasai Bahasa Inggeris dengan baik, sementara berpegang kepada bahasa kebangsaan sebagai pengukuhan jati diri.

Selain itu, bagi memperkukuhkan daya saing, negara perlu memastikan prestasi dalam penguasaan pendidikan  Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Tinggalkan komen anda