Skip to main content
Home

Tingkat Kesejahteraan Antara 6 Teras Strategik RMK11

By 21 Mei 2015Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh  Farahdilawati Mohd Khamde Khuzaini

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Malaysiaaktif) – Meningkatkan kesejahteraan rakyat salah satu daripada 6 teras strategik Rangka Malaysia Ke-11 (RMK11) yang  dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pagi tadi di Parlimen.

Beliau berkata, sejajar dengan matlamat itu, kerajaan memastikan rakyat sentiasa terbela dengan memiliki keperluan asas, seperti perumahan.

Menurut beliau, kerajaan akan menyediakan perumahan mampu milik yang mencukupi dan berkualiti untuk isi rumah miskin, berpendapatan rendah dan sederhana.

Untuk memperkukuhkan pengurusan perumahan awam, kerajaan akan meneruskan Agenda Pemilikan Perumahan Rakyat yang diperkenalkan pada 2013.

Beliau seterusnya berkata, komitmen kerajaan memerlukan sokongan  pelbagai pihak bagi mencecah sasaran 2 juta rumah mampu milik. Sebagai contoh, kerjasama kerajaan negeri dan sektor swasta menerusi program PR1MA, Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia, Projek Perumahan Rakyat dan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia.

Perdana Menteri berkata, daripada jumlah 1 juta unit rumah yang dihasratkan, dijangka sejumlah 182 ribu unit dapat disiapkan akhir 2015.

Katanya lagi, kerajaan sentiasa peka dan mengambil berat tentang rumah mampu milik di tanah rancangan FELDA.

Oleh yang demikian, kira-kira 23 ribu unit disediakan kerajaan negeri dan FELDA, manakala 652 ribu penambahan unit rumah akan dibina pelbagai pihak, selain 74,300 unit rumah mampu milik yang dibina bawah RMK-10.

 

 

Tinggalkan komen anda