Skip to main content
HomeViral

Pemimpin UMNO mula tiba di Ibu Pejabat Parti Untuk Mesyuarat

By 11 Mei 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Malaysiaaktif) – Para pemimpin UMNO mula tiba di Ibu Pejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang ini.

Mereka kelihatan agak ceria untuk menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO (MT)  yang diadakan sebelum meraikan ulang tahun ke-69 parti itu.

Rata-rata ahli majlis mencerminkan sokongan kuat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Presiden UMNO.

Menurut Dr Puad Zarkashi yang juga ahli MT, “rata-rata dapat dirasakan angin sokongan yang kuat untuk PM.”

Walaupun kebanyakan ahli MT tiba dengan memakai seragam baju merah UMNO, namun Naib Presiden Datuk Seri Hishamuddin Hussein kelihatan memakai baju batik, ketika menantikan ketibaan presiden.

Apabila wartawan meminta ulasan, beliau berkata beliau akan hanya memberikan komen selepas mesyuarat.

Najib, yang tiba pada pukul 3.20 petang dengan berpakaian sut hitam lengkap segera diiring Setiausaha-Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Mansor ke ruang mesyuarat.

Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir juga kelihatan tiba dan bergegas memasuki ruang mesyuarat.

 

— AKAN MENYUSUL

 

 

 

 

 

Tinggalkan komen anda