
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Malaysiaaktif) — Polis Selangor tidak menerima sebarang laporan polis berkaitan kejadian kononnya polis sengaja meletakkan paket dadah dalam ‘boot’ kereta apabila pemandu diarah memberhentikan kenderaan.
Sejak beberapa hari mesej tersebut menjadi viral di media sosial dan polis polis memberi amaran kepada mereka yang bertanggungjawap supaya berhenti menyebarkan sebarang berita palsu sebegini serta merta.
Bagaimanapun, jika benar kejadian tersebut berlaku, polis meminta mana-mana pihak terbabit supaya tampil ke hadapan Ā membuat laporan untuk siasatan lanjut.