Skip to main content
EkonomiHome

RMK11 Pusingan Terakhir Sebelum Matlamat 2020

By 20 Mei 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 21 Mei — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Khamis merupakan ‘final lap’ kemaraan Malaysia mencapai status negara maju pada tahun 2020.

“Inilah ‘final lap’ (pecutan) sebelum kita mencapai status negara maju seperti mana yang dihasratkan dalam Wawasan 2020,” katanya dalam laman Facebooknya pada Rabu.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata beliau pada Khamis akan membentangkan ?RMK11 yang merupakan hala tuju negara untuk lima tahun akan datang.

Beliau mengajak orang ramai untuk mengikuti pembentangan rancangan itu secara langsung online di blog rasminya www.najibrazak.com Pembentangan RMK11 pada persidangan Dewan Rakyat itu dijadualkan pada pukul 11.30 pagi.

Selain melalui laman blog Najib, pembentangan RMK11 itu akan turut disiarkan secara langsung oleh RTM.

–The Star

Tinggalkan komen anda