Skip to main content
GlobalHome

Thailand Nafi Usir Bot PATI, Sebaliknya Membantu

By 19 Mei 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Malaysiaaktif) — Thailand menafikan dakwaan, mereka mengusir bot membawa pendatang tanpa izin dari perairan negara itu.

Sebaliknya, kata Timbalan Perdana Menterinya, Prawit Wongsuwan, Bangkok menyediakan bantuan kemanusiaan termasuk keperluan asas seperti makanan, air dan ubat-ubatan kepada kumpulan berkenaan.

Prawit berkata demikian selepas mengadakan mesyuarat dengan pihak kerajaan tempatan di Phuket.

Beliau berkata, kumpulan pendatang terbabit yang memaklumkan kepada tentera laut Thailand bahawa mereka ingin ke negara lain.

Tambah Prawit, kumpulan itu boleh mendarat di Thailand tetapi akan ditahan atas kesalahan memasuki negara itu secara haram seperti mana termaktub dalam perundangan.

Prawit memberi kenyataan sebagai menjawab laporan berhubung penemuan sebuah bot dengan 450 pendatang, dipercayai masyarakat Rohingya, di luar pantai Satun.

Tinggalkan komen anda