Skip to main content
HomeViral

Penunggang Motosikal Dengan 16 Waran Tangkap Ditahan

By 19 Mei 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

MELAKA, 19 Mei (Malaysiaaktif) — Seorang penunggang motosikal berumur 24 tahun berdepan tindakan mahkamah berikutan mempunyai 16 waran tangkap selepas ditahan polis dalam Ops Warta di Japerun Bachang, dekat sini, Isnin malam.

Lelaki berkenaan antara 17 pesalah trafik lain yang turut berdepan tindakan sama mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 337/87) menerusi ops sama yang dijalankan polis trafik setiap daerah di seluruh negeri ini.

Ketua Jabatan Ketenteraman merangkap Ketua Trafik negeri, Superintendan Noh Che Pa, berkata setakat pukul 3 petang polis menahan 17 pesalah trafik yang mempunyai saman dan berstatus waran tangkap berumur 19 hingga 27 tahun menerusi ops berkenaan di sekitar negeri ini.

“Enam individu ditahan oleh anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Japerun Bachang, Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, seorang ditahan serta IPD Melaka Tengah dan IPD Jasin masing-masing lima individu.

“Selain operasi terbabit, ada di antara individu berkenaan ditahan ketika mahu membayar saman di kaunter pembayaran di balai polis berdekatan, namun kita terus tahan dan dakwa ke mahkamah.

Tinggalkan komen anda