Skip to main content
EkonomiHome

PM Rasmi Kompleks Serambi Pekan, Anjung Warisan

By 23 Mei 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

PEKAN, 23 Mei (Malaysiaaktif) — Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Sabtu menandatangani plak perasmian Kompleks Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Serambi Pekan dan Anjung Warisan.

Kompleks ini merupakan platform bagi usahawan tempatan mempamerkan produk kepada pengunjung dan meningkatkan daya tarikan di daerah Pekan sebagai antara komponen sektor pelancongan di Pahang.

Kedua-dua inisiatif adalah sebahagian daripada projek Pembangunan Pelancongan Warisan Pekan yang dimajukan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).

Kompleks berharga RM12 juta ini merupakan pendekatan berasaskan modal dan ekonomi rakyat.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Datuk Seri Jebasingam Isaace John.

 

Tinggalkan komen anda