Skip to main content
HomeViral

1 Maut, 3 Cedera, Dua Kanak-Kanak Dalam Kemalangan Di NPE

By 14 Jun 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Seorang lelaki maut, manakala tiga lagi termasuk dua kanak-kanak cedera, selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas dan merempuh besi penghadang lebuh raya, di ibu negara, siang tadi.

Lelaki itu yang juga pemandu, maut setelah besi penghadang itu tertusuk ke dalam kereta.

Kemalangan berlaku kira-kira pukul 2:15 petang, di Kilometer 15.5, Lebuh Raya Baru Pantai.

Siasatan awal polis mendapati Perodua Alza dari arah Bangsar, yang dinaiki empat mangsa, hilang kawalan lalu terbabas.

Kereta merempuh bucu besi penghadang menyebabkan ia tertusuk dalam kenderaan.

Pemandu,  Lee Jein Siung, 36 tahun dari Taman Salak Selatan, tersepit di tempat duduk dan maut di tempat kejadian.

Manakala, dua anak lee, berusia tiga dan lima tahun, cedera parah.

Seorang lagi penumpang warga emas, dipercayai ibu mertua mangsa, cedera ringan.

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk di bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan.

Tinggalkan komen anda